-->
skip to main | skip to sidebar

life is wonderful! :)

My Superman & Superwomen! :D

Tuesday, 28 February 2012

Lompat Si Katak Lompat..Ong2! :P

Assalamualaikum..:) hello readers..*ade ke yg bace?hehe Ok,hari nie adalah hari yg speacial.. Nak tau x kenape? Liya dh on9 balek setelah 4hari xbukak fb! 91 friendrequest.. Mmg liya xkenal lngsung sape2 yg add tuh.. Selalu maen app je.. Korang lak ade x wt cm liya nie..mesti ade kan.. huhuhu.. Sebenarnye,bukan tentang fb yang liya nk citekan.. Mmg takde SANGKUT-PAUT LANGSUNG.. ngn tajuk entri nie.. Liya baru perasan yg tarikh hari ialah 29/2/12! Tarikh yang hanye timbul 4tahun sekali telah muncul kembali..Wah..\(>.<)/  Liya nak ucapkan Happy birthday  wt mereka yg telah ''diberanakkan'' pd tarikh nie.. Gurau je la,jgn marah..huhuhu... Ade ke di antara korang yang xtahu menahu langsung pasal tahun lompat?? Meh,liya stori-mori sikit kt korang......

Apa itu tahun lompat?

Tahun lompat merupakan tahun di mana tambahan hari dimasukkan kedalam bulan Febuari. Maka dengan itu ia mengandungi 366 hari setahun. Manakala tahun-tahun biasa mengandungi 365 hari sahaja. Ia berlaku setiap 4 tahun.

Tarikh 29 februari berlaku sebanyak 15 kali pada isnin atau rabu, 14 kali pada hari jumaat atau sabtu dan 13 kali pada ahad, selasa dan khamis.

Tahun 2008 adalah tahun lompat atau leap year . Melihat kepada kalendar 2008, anda akan dapati hari lima (Jumaat) berulang sebanyak lima kali dalam bulan febuari. Hari bermula dengan hari Jumaat dan berakhir pada hari Jumaat juga. Keadaan yang sama ini berlaku pada 1980 dan akan berulang kembali pada 2036.

Diantara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat yang berkongsi hari yang sama dalam seminggu untuk tarikh yang berulang hanya akan berlaku setiap 28 tahun.

Kepercayaan dan tradisi

Bagi mereka yang lahir pada bulan 29 februari, dan jika ia bulan tahun lompat maka mereka menyambutnya pada 28 februari. Sesetengahnya pula menyambutnya pada 1 Mac kerana mereka merasakan bukan lahir pada 28 februari. Dalam kes ini tarikh 29 februari tidak wujud.

Disesetengah negara, pada tahun lompat perempuan dibenarkan melamar lelaki. Tahun lompat juga dikenali "Bachelors' Day". Lelaki tersebut dikehendaki mambayar 'Sogit' seperti pembelian pakaian, cincin dan sebagainya sekiranya menolak lamaran tersebut.

Wachaaaa!!ha3

Cakap psal lompat-melompat nie..liya nk cabar diri la tngkap gmba smbil melompat..Penah try tapi selalu tak jadi..haha Yela,liya kena terima hakikat yang ''Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnye jatuh ke tanah jua''... Tak gitu?? hehe...terima kasih bace! :)






Terima kasih singgah! jgn lupe tekan like ok..:)

Posted by ♥ yaya alya ♥ at 17:41
0 komen dak comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 20 February 2012

Dah Hilang..:(

Assalamualaikum..:) Untuk entri kali ke-3 lm bulan nie..*siap mention tuh..hehe Liya nk luahkn tentang kelukaan di hati nie kt korang leh x?? (mengade je kn..hu3)  Sape yg tak touching,frust,nangis guling2 ats lntai bile barang yg korang sayang dah hilang! :( Setiap org tentu ade brg kesayangan or favourite masing-masing kn.. Nak tau x benda ape yg liya kehilangan..bukannye hilang anak,hilang laki,hilang akal..jauh sekali..isk3..haha.. Ok..sebenarnye jam pemberian abah liya is MISSING:( (ayt rojak) jam tu amt brmakne wt liya.. Terase bergaye tatkala ia melekat di pergelangan tgn kiri ku.. Skrg tgn kosong je rse.. hmm. Mungkin salah liya gk letak barang merata-rata.. Bak kate omputih: careless.. Xpe la..mungkin dah xde rezeki liya nk gune jam 2 lame2.. Kat bwh nie ade gmba ala2 jam liya yg hilang tu........


Cantik kn? liya harap sangat dpt jumpe balik jam tu..insyaAllah! walaupun xberjenama janji kita selesa dan confident je bila pakai sesuatu brg tu kn.. biar murah tapi mesti ade kualiti tau..;) Sebenarnye ade doa mencari brg yg hilang.. jom kita tgk.....

Bismillahirrahmannirahim...
 “ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Akhir kata,jgn lupe kita sama2 amalkn eh..liya akn cuba ikhtiar cari,kalau masih xjumpe trpkse kumpul duit beli jam baru..hehe

Terima kasih bace! :D

Terima kasih singgah! jgn lupe tekan like ok..:)

Posted by ♥ yaya alya ♥ at 17:19
0 komen dak comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 15 February 2012

Demam + Selesema + Sakit tekak :\

Assalamualaikum.. :)  hai korang! hari nie liya xberapa sihat la..terase cm nak demam je..huwaa :(( mak liya ckp nie dh mmg musim dia pn..demam pn ade musim ke..engat musim durian je ade~hehe korang cmne? sihat x?? (smbil wt muka prihatin) harap2 sihat la ehh.. :')  xlame lg kita akn masok bulan 3..ade plan nk kemane-mane ke cuti sekolah nanti..liya neves gila!! (berdebar le) bukan ape,coz dgr cite RESULT SPM  kuar pada 23/3/2012 nie..xtau betol x..tapi thn lepas ye kot.(tibe2 rse nk muntah lak..hmm)


Cakap pasal penyakit demam,flu,n sakit tekak kn..mesti korang semua nk tau jugak serba sedikit tentang latar belakang & biodata penuh dyeorg kn~hehe ;P  jgn risau liya dh gooooooogle utk korang..sila la bace kt bwh nie eh..(smbil lap hing*s..sori2)

Apakah itu demam selsema?
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
  • Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
  • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
  • Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.


Gejala-gejala yang lain
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Sakit-sakit badan.


Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jangan menggigit kuku.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Makanlah makanan yang seimbang.
  • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
  • Jauhi daripada merokok – Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
Akhir sekali,doakan la supaya liya cepat sembuh & mendapat keputusan yg terbaik utk SPM :D

*terima kasih bace! :)

Terima kasih singgah! jgn lupe tekan like ok..:)

Posted by ♥ yaya alya ♥ at 16:38
0 komen dak comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 7 February 2012

Something About Love :)

Assalamualaikum..hey blogger! diharapkan agar korang semua sihat selalu :) kita dh pun masok ke dlm bulan februari,ape yg istimewanye bulan nie ialah jatuhnye ''bulan cinta!'' wahh..orang barat tlh menetapkan satu tarikh iaitu 14februari sebagai hari valentine :P tetapi bagi kita yg beragama islam xboleh sambut k! berdosa tau.... :)

 

 Tanye la kepada sesiapa shj tentang definisi cinta bgi mereka..pasti jawapan yg diberikn menggambarkn cinta itu indah sekali terutamanye ''pengalaman cinta pertama!!''  bagi org yg sedang hangat brkasih syg pasti ingin hubungan mereka akn brkekalan selama-lamanye...(cme la cm saye!)hu3 





Kalau kita sayang dan cinta pd seseorg itu,pasti kita sanggup berkorban ape shj demi utk membahagiakn mereka..tapi pada yg gurlz kt luar sane,engat bukan semua benda kita boleh berkorban..kamu harus pandai mnjage maruah diri walau ''si dia'' kdg2 agak nakal..yela, kn belom mempunyai ikatan yg sah.. Kesimpulannye kahwin la cepat! :P he3





Akhir kata,sayangilah pasangan kamu berpada-pada ye.. jangan terlalu menyanjung mereka, walaupun dia insan tersayang yg bertakhta di hati kita :) Utamakanlah cinta kita pada ibu-bapa,keluarge,agama, dan TUHAN kerana cinta pada mereka ialah cinta yg akn kekal selamenye.. ;D


*terima kasih bace! :)









 


Terima kasih singgah! jgn lupe tekan like ok..:)

Posted by ♥ yaya alya ♥ at 23:30
0 komen dak comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

the blog owner! :)

My photo
View my complete profile

a lil bit about me! :)

Lya@Yaya
23/9/94
kuantanYaya Alya

Create your badge

my stori-mori! :)

  • ►  2013 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2012 (17)
    • ►  November (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ▼  February (4)
      • Lompat Si Katak Lompat..Ong2! :P
      • Dah Hilang..:(
      • Demam + Selesema + Sakit tekak :\
      • Something About Love :)
  • ►  2011 (2)
    • ►  September (2)

cbox

Open Cbox

background

 
Cute Cherry




Gratisan Musik
(: yaya alya :). Powered by Blogger.