Assalamualaikum.. :) hai korang! hari nie liya xberapa sihat la..terase cm nak demam je..huwaa :(( mak liya ckp nie dh mmg musim dia pn..demam pn ade musim ke..engat musim durian je ade~hehe korang cmne? sihat x?? (smbil wt muka prihatin) harap2 sihat la ehh.. :') xlame lg kita akn masok bulan 3..ade plan nk kemane-mane ke cuti sekolah nanti..liya neves gila!! (berdebar le) bukan ape,coz dgr cite RESULT SPM kuar pada 23/3/2012 nie..xtau betol x..tapi thn lepas ye kot.(tibe2 rse nk muntah lak..hmm)
Cakap pasal penyakit demam,flu,n sakit tekak kn..mesti korang semua nk tau jugak serba sedikit tentang latar belakang & biodata penuh dyeorg kn~hehe ;P jgn risau liya dh gooooooogle utk korang..sila la bace kt bwh nie eh..(smbil lap hing*s..sori2)
Apakah itu demam selsema?
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.
Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
- Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
- Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
- Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
- Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
- Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
Gejala-gejala yang lain
- Mata rasa kepanasan sedikit
- Hilang deria bau dan rasa.
- Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
- Sakit-sakit badan.
Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
- Selalu membasuh tangan dengan bersih.
- Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
- Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
- Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
- Jangan menggigit kuku.
- Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
- Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
- Makanlah makanan yang seimbang.
- Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
- Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
- Jauhi daripada merokok – Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
Akhir sekali,doakan la supaya liya cepat sembuh & mendapat keputusan yg terbaik utk SPM :D
*terima kasih bace! :)
0 komen dak comel: