nampak GPS tu..my map takot sesat la awk..ape lm papan tande tu? oh,yeah! kite dh mendarat di lenggong :) |
Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan, Banding dan lain-lain.
Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan rimba. Terdapat juga kegiatan peternakan seperti rusa, lembu dan kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan dan ladang, samada milik persendirian, swasta atau kerajaan.
Terdapat juga beberapa sekolah utama di Lenggong, misalnya SMK Dato' Ahmad, Lenggong (sekolah menengah tertua di Daerah Hulu Perak); SMK Sultan Azlan Shah; SMK Tan Sri Abdul Aziz; MRSM Lenggong; serta beberapa sekolah kebangsaan, sekolah aliran Cina dan sekolah aliran Tamil.
kteorg check in kt sini :) |
Lepas kteorg dh rehat sekejap,petang tu pegi Muzium Lenggong.. Em.. xde la jauh sgt dri rest house xdi..
muzium lenggong :) |
Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan berhampiran bandar Lenggong , Perak. Ia merupakan tapak prasejarah bertarikh 74,000 tahun dahulu.
Bandar Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Grik. Ia merupakan tapak penempatan aktiviti manusia tertua di Semenanjung Malaysia. Muzium Arkeologi Lenggong ini turut mempamerkan Orang Perak, penduduk Semenanjung Malaysia tertua dijumpai di dalam gua di kawasan yang dipamErkan di situ. Rangka ini bertarikh antara 10-11,000 tahun silam, merupakan manusia Zaman Batu, dari tempoh Paleolitik.
Muzium Arkeologi Lenggong terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Kekabu , hanya 2 km di laluan yang sama.
Kaji purba
Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak tempoh Paleolithik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).
jeng3..nie la dye manusia pertame di malaysia! the perak man :O |
Orang Perak Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam negeri Perak di Semenanjung Malaysia. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan dipercayai berusia 40-an.
Bukan itu sahaje,muzium nie gak ade memaparkan pelbagai jenis batu-batuan yg liya belaja lm subjek kegemaran ramai geografi mse kt sekola dlu..ish3..terharu rase..haha..ade gmbr but line tenet bz ckit..sori xdpt nk upload berjam kot..:') Semoga pakar-pakar sej kite dpt menambah byk lg ''koleksi'' pelbagai brg zaman dahulu kala utk tatapan masyarakat.. liya harap gk dpt bawak anak-anak liya g muzium lenggong nie..*ceh,berangan dh ade ank lg* haha :D
akhir kata,luas pemandangan luaslah pengetahuan! jemput la ke ngri perak coz 2012 thn melawat perak tau..pesanan dri yg penat menaip..slm syg from liya utk sume.. (Y)
p/s:PTPTN wt liya pening ckit..korg dh apply lom?
akhir kata,luas pemandangan luaslah pengetahuan! jemput la ke ngri perak coz 2012 thn melawat perak tau..pesanan dri yg penat menaip..slm syg from liya utk sume.. (Y)
p/s:PTPTN wt liya pening ckit..korg dh apply lom?
0 komen dak comel: